Bunga Hati

  • Drama
  • Cinta
  • Keluarga
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Bunga Hati karya Liza ZahiraDitulis oleh
  • Wan Mahani Wan Hassan
  • Liza Alì
Pengarah
  • Jamal Khan
  • Che Mie
Dibintangi oleh
  • Intan Najuwa
  • Redza Rosli
  • Erwin Dawson
Lagu pembukaanBerakhirlah Pencarianku - Hafiz Suip ft. Ernie ZakriNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod20PenerbitanPenerbit eksekutifMuhammad Norazhar BaharuddinPenerbitHaji Md Fadzil Teh P.J.KTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Zeel ProductionPenyiaranSaluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)Format audioDolby DigitalSiaran asal10 Januari 2022 – 10 Februari 2022KronologiMengikutiJangan Ganggu JodohkuDiikuti olehUlya & Dini

Bunga Hati ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2022 arahan bersama Jamal Khan & Che Mie. Dibintangi oleh Intan Najuwa, Redza Rosli dan Erwin Dawson. [1] Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 10 Januari 2022 menggantikan Jangan Ganggu Jodohku. [2]

Sinopsis

Dilaila merupakan seorang gadis yang ceria, gigih dan optimistik walau pun masa kanak-kanaknya tidak seindah orang lain. Dilaila dilahirkan tanpa pengetahuan bapanya, Sulaiman yang sudah menceraikan ibunya, Salinah ketika dia di dalam kandungan.

Dilaila diserahkan oleh Nek Tijah kepada Salimah untuk dijaga dan menjadi galang-ganti kepada Luqman, anak kandung Salimah yang cacat. Salimah terlalu bencikan Luqman hingga sanggup menderanya kerana dendam kepada bekas suaminya Talib.

Dilaila tidak gentar untuk mempertahankan Luqman setelah Nek Tijah meninggal dunia dan menjaga Luqman penuh kasih sayang. Percintaan Dilaila dengan Amer yang baru berputik, telah mendapat tentangan keras daripada Noraini yang membenci Salimah.

Bagaimanapun Razak sukakan Dilaila dan mahu Dilaila menjadi menantunya. Kawan baik Dilaila iaitu Jessila dalam diam menyukai Amer dan sanggup buat apa saja untuk memiliki Amer. Noraini berkomplot dengan ibu Jessila untuk menghalang hubungan Dilaila dengan Amer.

Dengan bantuan Razak, Dilaila hantar Luqman ke Pusat Jagaan OKU dan di situ dia bertemu Doktor Joshua yang telah jatuh cinta padanya. Malang bagi Dilaila apabila Luqman akhirnya meninggal dunia kerana sakit tetapi sebenarnya dibunuh secara tak sengaja oleh Gaban.

Noraini cuba membunuh Salimah dan Dilaila dengan mengupah orang membakar rumah mereka tetapi gagal. Salimah dan Dilaila keluar dari kampung demi keselamatan mereka. Noraini ambil peluang paksa Amer kahwin dengan Jessila. Selepas tiga tahun, Salimah dan Dilaila kembali ke kampung dan membina hidup baru. Mereka dapat membina rumah baru dengan bantuan Razak. Sulaiman secara rahsia telah menampung segala kos pembinaan.

Dilaila bertemu kembali dengan bapa kandungnya, Sulaiman yang merupakan usahawan jutawan. Amer cuba meraih kembali cinta Dilaila. Ternyata sikap Amer penuh tipu daya dan berpura-pura hilang akal dan telah didedahkan oleh Farizan, kawan baik Amer yang ada muslihat mahukan Dilaila. Noraini dan Razak merayu agar Dilaila menerima Amer kembali demi memulihkannya.

Antara kasih dan kasihan, Dilaila terpaksa membuat pilihan sama ada Joshua atau Amer sebagai teman hidupnya.

Pelakon

  • Intan Najuwa sebagai Dilaila
  • Redza Rosli sebagai Amer
  • Erwin Dawson sebagai Joshua
  • Fauziah Ahmad Daud sebagai Salimah
  • Nafiez Zaidi sebagai Luqman
  • Lydiawati sebagai Noraini
  • Zulkifli Ismail sebagai Razak
  • Fazziq Muqris sebagai Farizan
  • Fify Azmi sebagai Jessila
  • Halmey Hamdah sebagai Dato Sulaiman
  • Azlynan sebagai Datin Zurina
  • Haifaa nadhirah sebagai Rita
  • Hanan Hassan sebagai Mak Som
  • Illey Mohtada sebagai Fidah
  • Sherry Al-Jeffri sebagai Maria
  • Sara Jasmine sebagai Elina
  • Bazly Hanif sebagai Gaban
  • Pessha sebagai Idrus
  • Tengku Hamidah sebagai Nek Tijah

Penerbitan

Ini merupakan kerjasama kali kedua Redza Rosli dan Intan Najuwa selepas drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Rujukan

  1. ^ Drama Bunga Hati. MyInfoTaip. Dicapai 9 Januari 2022
  2. ^ Zaidi Mohamad (9 Januari 2022). "Adegan terajang curi perhatian netizen". Bharian. Dicapai pada 10 Januari 2022.