Surah Al-Humazah

Sebahagian daripada siri berkaitan
Islam
Pegangan
  • Rukun Iman
  • Tauhid (Keesaan Tuhan)
  • Malaikat
  • Kitab
  • Nabi
  • Hari Akhirat
  • Qada dan Qadar

  • Rukun Islam
  • Pengakuan keimanan
  • Mendirikan sembahyang
  • Menunaikan zakat
  • Berpuasa di bulan ramadan
  • Melaksanakan haji jika mampu

  • Ahli Sunah
    • Asya'irah
    • Maturidiyah
    • Salafi
    • Wahabi
  • Syiah
Sumber
  • Al-Quran dan Hadis
  • Ikon portal Portal Islam
  • l
  • b
  • s


Surah Al-Humazah (سورة الهمزة) adalah surat ke-104 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 9 ayat dan tergolong pada surah makiyyah. Kata Al Humazah bererti pengumpat dan diambil dari ayat pertama surat ini.

Isi kandugan surah ini adalah ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan suka mengumpulkan harta tetapi tidak menafkahkannya di jalan Allah.

Terjemahan ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


  1. وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
  2. الَّذِي جَمَعَ مَالا وَعَدَّدَهُ Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
  3. يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
  4. كَلا لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
  5. وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
  6. نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
  7. الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ Yang naik menjulang ke hati;
  8. إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
  9. فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

Asbabun Nuzul

  1. Ubay bin Khalaf seorang tokoh Quraisy yang kaya raya, yang selalu mengejek dan mencela beliau dengan kekayaannya (Hadist Riwayat Abi Hatim )
  2. Al-Akhnas bin Syariq yang selalu mengejek dan mencela orang dengan kekayaanya dan ayat ini turun sebagai teguran baginya (Hadist Riwayat Abi Hatim)
  3. Jamil bin 'Amir Al-Jumhi, seorang tokoh musyrik yang selalu mencela dan mengumpat orang (Hadits Riwayat Ibnu Jarir )

by :Muhammad Haikal Buldan M.

Pautan Luar

  • Al Humaza, الهُمَزة

Dengar bacaan di sini

  • l
  • b
  • s
Surah-surah dalam Al Quran (القــرآن الكـــريم)


Surah Sebelumnya:
Surah Al-‘Asr
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Fiil
Surah 104