Terier mainan Manchester

Terier mainan Manchester
Terier mainan Manchester
Negara asalAmerika Syarikat
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier mainan Manchester[a] ialah satu baka anjing yang dikategorikan sebagai terier. Baka ini dibiakbakakan menjadi kecil di Amerika Utara daripada terier Manchester dan ditempatkan dalam Kumpulan Mainan oleh American Kennel Club dan Canadian Kennel Club (terier Manchester pula ditempatkan dalam Kumpulan Terier). Persekutuan Kinologi Antarabangsa dan The Kennel Club tidak mengiktiraf keragaman mainan bagi terier Manchester.

Sejarah

Terier mainan Manchester yang menjalani ketangkasan

Terier Manchester, yang merupakan asas pembiakbakaan terier mainan Manchester, dikembangkan pada abad ke-19 daripada silangan antara terier hitam dan sawo matang lama dengan whippet, bersama-sama dengan baka lain, terutamanya untuk penangkapan tikus.[1] Di England, satu lagi baka juga dikemangkan pada abad ke-19 di Manchester, iaitu terier mainan Inggeris, sebagai baka terpisah daripada terier Manchester. Terier mainan Inggeris ialah haiwan peliharaan popular di England zaman Victoria dan dibiakbakakan menjadi sangat kecil sehingga ada yang seringan 1 kg (2.2 lb).[2]

Baka terier mainan Manchester dikembangkan dengan membiakbakakan terier Manchester menjadi kecil. Di Amerika Syarikat pada tahun 1920-an, baka ini dipanggil Toy Black dan Tan Terrier ("terier mainan hitam dan sawo matang"). Nama itu diubah kepada Toy Manchester Terrier ("terier mainan Manchester") dan American Toy Manchester Terrier Club ("Kelab Terier Mainan Manchester Amerika") dibentuk pada tahun 1930-an. Terier mainan Manchester Amerika diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 1938, tetapi, menjelang tahun 1950-an, baka ini telah merosot dan kelab baka itu tidak lagi wujud. Oleh sebab kemerosotan bilangan baka, baka terier mainan Manchester ditakrifkan semula sebagai bahagian saiz bagi terier Manchester pada tahun 1958 oleh American Kennel Club dan nama kelab (yang menyertakan kedua-dua baka sebagai keragaman) diubah kepada American Manchester Terrier Club ("Kelab Terier Manchester Amerika") pada tahun 1958.[3]

Di England, terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris yang sangat serupa juga telah merosot ke tahap yang membuatnya disenaraikan oleh The Kennel Club sebagai baka yang berada dalam bahaya kepupusan.[4] Untuk menyelamatkan baka ini, The Kennel Club telah membuka buku pembaka untuk mengizinkan agar contoh-contoh terpilih tertentu daripada terier mainan Manchester Amerika Utara didaftarkan dan dibiakbakakan sebagai terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris. Walau bagaimanapun, kedua-dua baka tidak dianggap sama dan piawaian untuk kedua-dua baka menunjukkan syarat berlainan.

Penampilan

Terier mainan Manchester di Amerika Utara ialah anjing kecil bertungkai panjang dengan lapis bulu pendek bertanda dengan sawo matang, ekor panjang, dan telinga tegak. Dari segi warna dan pengakuran umum, terier mainan Manchester mengikuti piawaian untuk terier Manchester. Walau bagaimanapun, terier mainan Manchester tidak boleh lebih berat daripada 12 paun (5.4 kg); dan, tidak seperti terier Manchester yang lebih besar, untuk terier mainan Manchester, telinga terpotong ialah syarat penyingkiran. Telinga patut lebar di pangkal dan runcing di hujungnya. Telinga "loceng" melebar ialah kecatatan serius, yang bermakna pembiakbakaan anjing dengan telinga sedemikian tidak diingini; ini tidak bermakna bahawa anjing berkenaan mempunyai sebarang kelemahan sebagai pendamping.

Hitam dan sawo matang

Hitam dan sawo matang ialah warna lapis bulu anjing yang diterbitkan daripada salah satu alel yang diketahui wujud pada gen-gen yang berpeta pada anjing dan dapat dicam dengan pengujian genetik (gen agouti, at at).[5]

Kesihatan

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[6]

Baka serupa

Terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris dianggap sebagai baka sama dengan terier mainan Manchester. Berbeza dengan terier mainan Manchester, saiz yang diingini untuk terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris adalah lebih kecil sedikit dan telinga lebih lebar juga diutamakan.

Walaupun keserupaan visual pincer kerdil, iaitu satu lagi baka anjing mainan yang agak menyerupai terier mainan Manchester, masih menjadi hal kontroversi, penyelidikan genetik (yang diterbitkan pada tahun 2017) telah menunjukkan bahawa kedua-dua baka ini mempunyai keleluhuran unik bersama.[7] Leluhur kepada terier mainan Manchester dan pincer kerdil mungkin telah terpisah secara geografi berabad-abad lalu dan mengekalkan keserupaan hanya melalui pemilihan pembiakbakaan untuk trait-trait sama; namun begitu, penyelidikan tahun 2017 juga menunjukkan bahawa kedua-dua baka tersebut kekal berkait rapat antara satu sama lain berbanding dengan perkaitan dengan baka lain.

Anjing mainan Rusia ialah satu lagi baka anjing serupa yang dikembangkan di Rusia daripada import-import awal terier mainan Inggeris. Ia mungkin mempunyai pelbagai warna, bukan hanya hitam dan sawo matang, yang menunjukkan kemungkinan latar belakang baka lain juga.

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: تيريئر ماءينن منچيسترcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: toy Manchester terriercode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ "Toy and Standard Variety" [Keragaman Mainan dan Piawai]. American Manchester Terrier Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2010. Dicapai pada 26 Mac 2024.
  2. ^ "English Toy Terrier" [Terier Mainan Inggeris]. New Zealand Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mac 2024.
  3. ^ "Breed History and Information" [Sejarah dan Maklumat Baka]. Welcome to the Wonderful World of Manchester Terriers! (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mac 2024.
  4. ^ "Vulnerable Native Breeds: Dogs at Risk of Disappearing in the UK" [Baka Asli Rentan: Anjing yang Berisiko Lenyap di United Kingdom]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mac 2024.
  5. ^ "Agouti and its Interactions in Dogs" [Agouti dan Interaksinya pada Anjing]. Genetics of Coat Color and Type in Dogs (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mac 2024.
  6. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  7. ^ Parker, Heidi G.; Dreger, Dayna L.; Rimbault, Maud; Davis, Brian W.; Mullen, Alexandra B.; Carpintero-Ramirez, Gretchen; Ostrander, Elaine Ann (25 April 2017). "Genomic Analyses Reveal the Influence of Geographic Origin, Migration, and Hybridization on Modern Dog Breed Development" [Analisis-analisis Genomik Mendedahkan Pengaruh Asal Usul Geografi, Migrasi, dan Penghibridan terhadap Perkembangan Baka Anjing Moden]. Cell Reports (dalam bahasa Inggeris). Cell Press. 19 (4): 697–708. doi:10.1016/j.celrep.2017.03.079. ISSN 2211-1247. PMC 5492993. PMID 28445722. S2CID 4572878.
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Amerika Syarikat
Ekstan
Pupus
Jenis: CurFeistanjing pemburu rakun
  • l
  • b
  • s
Baka pekerja
Bertungkai panjang
Pincer
Schnauzer
  • Schnauzer gergasi
  • Schnauzer kerdil
  • Schnauzer sederhana
Lain-lain
Bertungkai pendek
Baka pemburu jenis cur
Terier jenis bull
Terier mainan
Lain-lain
Baka pupus
Jenis: Feist, fell terrier, pincer, schnauzer, terier jenis bull (dan pitbul), terier rubah