Terier Boston

Terier Boston
Terier Boston dengan lapis bulu brindle hitam
Nama lain
  • Bulterier Boston
  • Boxwood[1]
  • American gentleman[2]:5
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat 6–25 lb (3–11 kg)
Tinggi 9–15 in (23–38 cm)
Bulu Pendek, licin, dan bergilap
Warna
  • Brindle dengan putih
  • Sil dengan putih
  • Hitam dengan putih
Saiz perinduk 1–6 ekor anak anjing
Jangka hayat 11.8 tahun
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
CatatanAnjing negeri Massachusetts
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Boston[a] ialah satu baka anjing yang berasal dari Amerika Syarikat. "American gentleman" ("budiman Amerika") ini diterima pada tahun 1893 oleh American Kennel Club sebagai baka bukan sukan.[2] Terier Boston adalah kecil dan padat dengan ekor pendek dan telinga tegak.

Terier Boston dinilai sebagai baka ke-24 paling popular dari segi pendaftaran dengan American Kennel Club pada tahun 2022.[3]

Sejarah

Terrier Seated (buldog lama Boston) oleh Frances B. Townsend, Perpustakaan Awam Boston, abad ke-19
Seekor terier Boston sebelum 1904
Seekor terier Boston jantan muda dengan lapis bulu brindke perang

Baka terier Boston berasal dari sekitar tahun 1870, apabila seorang lelaki bernama William O'Brien membeli daripada Edward Burnett seekor anjing bernama Judge (yang kemudian dikenali sebagai Hooper's Judge), yang daripada zuriat jenis bull and terrier. Hooper's Judge berkaitan secara langsung dengan baka-baka bull and terrier asli dari abad ke-19 dan awal abad ke-20. American Kennel Club mengutip Hooper Judge's sebagai leluhur kepada hampir semua terier Boston moden sejati.[4]

Judge berukuran seberat kira-kira 32 lb (15 kg). Judge dibiakbakakan dengan anjing betina milik Edward Burnett bernama Gyp (atau Kate). Gyp ialah seekor betina putih jenis buldog, yang dimiliki oleh Edward Burnett, dari Southboro, Massachusetts. Ia berukuran seberat kira-kira 20 paun (9.1 kg), bertubuh gempal dan kuat serta mempunyai kepala gempal tipikal yang kini terpapar pada terier Boston. Daripada asas baka ini, pembiak baka berikutnya memperhalus baka ini menjadi penampilan zaman modennya.[5] Setelah dikecilkan melalui pembiakbakaan daripada anjing laga daripada jenis bull and terrier, terier Boston pada asalnya berukuran sehingga seberat 44 paun (20 kg) (buldog lama Boston).[2]

Boston Terrier Club dibentuk pada tahun 1891. Kelab ini diberi keahlian dalam American Kennel Club pada 1893.[4] Ia merupakan salah satu daripada sebilangan kecil baka yang telah berasal dari Amerika Syarikat.[perlu rujukan]

Pada tahun-tahun awal, warna dan tanda tidak begitu penting untuk piawaian baka. Menjelang abad ke-20, tanda dan warna distingtif baka ini disuratkan dalam piawaian, lalu menjadi ciri penting. Terier Boston telah kehilangan kebanyakan sifat agresifnya sehingga lebih suka dengan pendampingan manusia, walaupun sesetengah jantan masih mencabar anjing lain jika berasa bahawa wilayah sendiri sedang dicerobohi.[perlu rujukan] Universiti Boston telah menggunakan Rhett the Boston Terrier sebagai maskot mereka sejak tahun 1922.[6] Terier Boston juga telah menjadi anjing negeri rasmi Massachusetts sejak tahun 1979.[7]

Perihal

Seekor terier Boston jantan dewasa dengan lapis bulu hitam

Terier Boston ialah anjing dengan tubuh padat dan berperkadaran baik. Ia mempunyai kepala yang kelihatan segi empat sama dengan telinga tegak dan leher sedikit melengkung. Muncungnya pendek dan pada umumnya tidak berkedut dengan gigitan sekata atau rahang bawah pendek sedikit. Dadanya lebar dan ekornya pendek.[8] Mengikut piawaian baka antarabangsa, anjing ini tidak patut berukuran lebih berat daripada 25 paun (11 kg). Terier Boston biasanya berdiri sehingga setinggi 15–17 inci (38–43 cm) pada paras kelasa.[9]

American Kennel Club membahagikan baka ini kepada tiga kelas: di bawah 15 paun; 15 paun dan di bawah 20 paun; dan 20 paun dan tidak melebihi 25 paun.[9]

Bulu dan warna

Terier Boston bercirikan tanda-tanda berwarna putih mengikut perkadaran sama ada dengan warna hitam, brindle, sil (sil kelihatan seperti hitam dengan kesan cahaya merah), atau gabungan ketiga-tiga ini.[9] Warna padu dan warna yang tidak disebut tidak diterima oleh piawaian baka.[9][8] Menurut American Kennel Club, tanda-tanda terier Boston dipecahkan kepada dua kategori: Wajib, yang terdiri daripada dada putih, jalur muncung putih dan jalur putih di antara mata; dan Diingini, yang termasuk tanda-tanda Wajib yang ditambahi dengan kolar putih, putih pada tungkai hadapan, tungkai hadapan, sehingga keting pada tungkai belakang.[9] Untuk penunjukan pengakuran, tanda-tanda bersimetri diutamakan.[9] Oleh sebab tanda-tanda terier Boston yang menyerupai pakaian formal, sebagai tambahan kepada keperibadian halus dan menyenangkan, baka ini pada umumnya dirujuk sebagai "American gentleman" ("budiman Amerika").[2][4]

Ciri ketara

Sepasang mata besar dan menonjol terier Boston ialah ciri pembeza. Mata bulat baka ini terpisah secara renggang, bersaiz besar, dan terletak betul-betul di dalam tengkorak.[10]

Kandungan genetik baka ini menghasilkan ekor pendek.[11] Ekor pendek ini dapat memilik bentuk skru gabus, atau ikal, atau mungkin lurus.[11] Pada umumnya, ekor terier Boston tidak lebih panjang daripada 2 inci (5.1 cm).[12]

Perangai

Terier Boston ialah baka lemah lembut yang biasanya mempunyai keperibadian kuat, senang hati, dan ramah dengan citarasa humor riang. Terier Boston pada umumnya bersemangat untuk menggembirakan pemiliknya dan mudah dilatih.[13] Ia dapat menjadi sangat bersikap pelindung bagi pemiliknya, yang mungkin mengakibatkan tingkah laku agresif dan teritorial terhadap haiwan peliharaan dan orang asing lain.[perlu rujukan]

Kedua-dua betina dan jantan pada umumnya pendiam dan menyalak hanya apabila perlu.[14] Sikapnya yang biasanya wajar terhadap salakan menjadikannya pilihan sangat baik untuk penghuni pangsapuri.[13]Templat:Bettersourceneeded Ia suka berada di sekeliling orang, bergaul dengan baik dengan kanak-kanak, orang tua, anjing lain, dan haiwan peliharaan bukan anjing, jika tersosialisasi dengan betul.[2]

Kesihatan

Seekor terier Boston baru lahir

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 11.8 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[15]

Kelengkungan belakangnya, yang dipanggil roaching, mungkin disebabkan oleh masalah tempurung lutut dengan tungkai belakang, yang kemudian menyebabkan anjing berkenaan bersandar ke hadapan di atas tungkai hadapan.[2]

Terier Boston ialah baka anjing brakisefalik.[16] Brakisefali merujuk muncung pendek baka ini yang menyebabkan penampilan tertekan ke dalam bagi muka.[17] Brakisefali menyebabkan pencanggaan bagi salur udara atasan dan membawa kepada penyekatan pernafasan.[18] Kesan brakisefali merupakan stridor, pernafasan berdengkus, emesis, dermatitis lipatan kulit, sindrom obstruktif salur udara brakisefalik, eksoftalmos, refleks gag farinks, sianosis, dan keruntuhan larinks.[19][20][18][21][22][23][24] Isu lain yang timbul daripada brakisefali merupakan risiko komplikasi di bawah pengaruh anestesia,[25] dan hipertermia — yang disebabkan oleh ketidakbolehan untuk menurunkan suhu badan dengan berkesan melalui cungapan.[26]

Terier Boston kerap memerlukan pembedahan caesar untuk melahirkan anak dengan lebih 80% daripada perinduk dalam tinjauan The Kennel Club United Kingdom yang dilahirkan dengan cara ini.[27][28] Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa terier Boston betina adalah 12.9 kali lebih berkemungkinan untuk mengalami distosia.[29]

Baka ini cenderung terhadap keadaan dermatologi berikut: dermatitis atopi,[30] penyakit kulit alahan, demodikosis,[31] hiperadrenokortisisme, tumor sel masta, alopesia corak, dan dermatosis responsif zink.[32]

Sebuah kajian di Amerika Utara terhadap rekod veterinar bagi hampir 10,000 ekor terier Boston dan lebih daripada 1,000,000 ekor anjing mendapati bahawa 0.36% daripada jumlah terier Boston menghidap displasia pinggul berbanding dengan 3.52% secara keseluruhan.[33]

Terier Boston ialah salah satu baka yang paling lazim terjejas akibat katarak keturunan.[34]

Pada tahun 1921 dalam majlis untuk memperingati Infantri ke-102 Amerika Syarikat, Tentera Darat Amerika Syarikat menganugerahkan pingat emas kepada seekor anjing perang terhormat: Sarjan Stubby.[35] Bulterier Boston itu, yang memiliki tiga calit perkhidmatan dan satu calit luka, diberi pangkat dalam Tentera Darat Amerika Syarikat yang menjadikannya anjing pertama yang pernah memperoleh pangkat itu.[35] Anjing perang yang menghiburkan dan melindungi itu turut diganjari pingat oleh Perancis.[35] Sarjan Stubby mati pada tahun 1926 dengan legasi sebagai "anjing perang terhebat" Amerika Syarikat.[35]

Kolej Wofford di Spartanburg, Carolina Selatan telah mempunyai maskot terier Boston hidup bernama Blitz sejak tahun 2003 yang menghadiri perlawanan bola sepak di halaman rumah.[36]

Pada tahun 2012, seorang pelajar sekolah tinggi bernama Victoria Reed mengambil nasihat doktor haiwannya dan menyerahkan sekeping foto terier Boston-nya, Bruschi, kepada Rekod Dunia Guinness.[37] Dengan setiap biji mata yang berdiameter 1.1 inci, atau 28 mm, Bruschi diiktiraf oleh Guinness sebagai anjing dengan mata terbesar.[37]

Lennu, anjing peliharaan dari tahun 2012 hingga tahun 2021 milik Sauli Niinistö, Presiden Finland, hadir dalam banyak kehadiran kurang formal beliau dan cukup terkenal di Finland.[38] Foto pasangan itu menjadi tular di Amerika Syarikat pada tahun 2017.[39][40][41]

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: تيريئر بوستنcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: Boston terriercode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ "Boston Terrier" [Terier Boston]. Animal World (dalam bahasa Inggeris). 4 Ogos 2023.
  2. ^ a b c d e f Meade, Scottee (2000). The Boston Terrier: An Owner's Guide to a Happy Healthy Pet [Terier Boston: Panduan Pemilik untuk Haiwan Peliharaan Sihat Bahagia] (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. ISBN 1-58245-159-1.
  3. ^ "Most Popular Dog Breeds of 2022" [Baka Anjing Paling Popular 2022]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
  4. ^ a b c "Get to Know the Boston Terrier" (dalam bahasa Inggeris), 'American Kennel Club', dicapai pada 7 Februari 2024
  5. ^ "The Boston Terrier Club Of America". Boston Terrier Club Of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  6. ^ "Rhett" (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ Hepburn, David. "State Dogs of American: Here are all 13 adorable state dogs of the USA - including the loving Boston Terrier" [Anjing Negeri Amerika: Ini kesemua 13 anjing negeri comel di Amerika Syarikat - termasuk Terier Boston penyayang]. The Scotsman (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
  8. ^ a b "CKC Breed Standards — Boston Terrier" [Piawaian Baka CKC — Terier Boston]. Canadian Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Canadian Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Februari 2007. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  9. ^ a b c d e f "Boston Terrier Standard" [Piawaian Terier Boston] (PDF). American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
  10. ^ Boston Terrier Club of America. "Boston Terrier eyes" [Mata Terier Boston]. Boston Terrier Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  11. ^ a b Chester, Jo. "Do Boston Terriers' tails curl?" [Adakah ekor terier Boston melingkar?]. The Nest (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  12. ^ "Boston Terrier" [Terier Boston]. Easy Pet MD (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2020. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  13. ^ a b "Boston Terrier" [Terier Boston]. Vet Street (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  14. ^ Cline, Mrs. Charles D. (1995). Boston Terriers (dalam bahasa Inggeris). T.F. H. Publications, Inc. ISBN 0-7938-2397-8.
  15. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  16. ^ Ekenstedt, Kari J.; Crosse, K. R.; Risselada, M. (17 Mac 2020). "Canine Brachycephaly: Anatomy, Pathology, Genetics and Welfare" [Brakisefali Anjing: Anatomi, Patologi, Genetik, dan Kebajikan]. Journal of Comparative Pathology (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 176: 109–115. doi:10.1016/j.jcpa.2020.02.008. ISSN 1532-3129. PMC 7380493. PMID 32359622. S2CID 216197882.
  17. ^ Weir, Malcolm; Williams, Krista; Yuill, Cheryl. "Brachycephalic Airway Syndrome in Dogs" [Sindrom Salur Udara Brakisefalik pada Anjing]. VCA Hospitals (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
  18. ^ a b Hendricks, Joan C. (September 1992). "Brachycephalic Airway Syndrome" [Sindrom Salur Udara Brakisefalik]. Veterinary Clinics of North America: Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 22 (5): 1145–1153. doi:10.1016/S0195-5616(92)50306-0. ISSN 1878-1306. PMID 1523786. S2CID 43043501.
  19. ^ Amis, T. C.; Kurpershoek, C. (Oktober 1986). "Pattern of breathing in brachycephalic dogs" [Pola pernafasan pada anjing brakisefalik]. American Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 47 (10): 2200–2204. ISSN 1943-5681. PMID 3777646. S2CID 12771896.
  20. ^ Hendricks, Joan C.; Kline, L. R.; Kovalski, R. J.; O'Brien, J. A.; Morrison, A. R.; Pack, A. I. (1 Oktober 1987). "The English bulldog: a natural model of sleep-disordered breathing" [Buldog Inggeris: model semula jadi bagi pernafasan dengan kecelaruan tidur]. Journal of Applied Physiology (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Fisiologi Amerika. 63 (4): 1344–1350. doi:10.1152/jappl.1987.63.4.1344. ISSN 1522-1601. PMID 3693167. S2CID 2794012.
  21. ^ Meola, Stacy D. (Ogos 2013). "Brachycephalic Airway Syndrome" [Sindrom Salur Udara Brakisefalik]. Topics in Companion Animal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 28 (3): 91–96. doi:10.1053/j.tcam.2013.06.004. ISSN 1946-9837. PMID 24182996. S2CID 206281841.
  22. ^ Lundgrun, Becky (26 Jun 2006). "Reverse Sneezing (Pharyngeal Gag Reflex)" [Bersin Berbalik (Refleks Gag Farinks)]. VeterinaryPartner.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
  23. ^ Sebbag, Lionel; Sanchez, Rick F. (31 Disember 2022). "The pandemic of ocular surface disease in brachycephalic dogs: The brachycephalic ocular syndrome" [Pandemik penyakit permukaan mata pada anjing brakisefalik: Sindrom mata brakisefalik]. Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 26 (S1): 31–46. doi:10.1111/vop.13054. ISSN 1463-5224. PMID 36585820 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 255366264 Check |s2cid= value (bantuan).
  24. ^ Hobi, Stefan; Barrs, Vanessa R.; Bęczkowski, Paweł M. (16 Jun 2023). "Dermatological Problems of Brachycephalic Dogs" [Masalah Dermatologi Anjing Brakisefalik]. Animals (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 13 (12): 2016. doi:10.3390/ani13122016. ISSN 2076-2615. PMC 10294810 Check |pmc= value (bantuan). PMID 37370526 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 259270591 Check |s2cid= value (bantuan).
  25. ^ Gruenheid, Michaela; Aarnes, Turi K.; McLoughlin, Mary A.; Simpson, Elaine M.; Mathys, Dimitria A.; Mollenkopf, Dixie F.; Wittum, Thomas E. (1 Ogos 2018). "Risk of anesthesia-related complications in brachycephalic dogs" [Risiko komplikasi berkaitan dengan anestesia pada anjing brakisefalik]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 253 (3): 301–306. doi:10.2460/javma.253.3.301. ISSN 1943-569X. PMID 30020004. S2CID 51676839.
  26. ^ Ewers Clark, Anna (22 Disember 2022). "Heatstroke and brachycephalic dogs – is there an increased risk?" [Strok haba dan anjing brakisefalik – adakah risiko meningkat?]. Veterinary Evidence (dalam bahasa Inggeris). RCVS Knowledge. 7 (4). doi:10.18849/ve.v7i4.534. ISSN 2396-9776. S2CID 255031563 Check |s2cid= value (bantuan).
  27. ^ Evans, Katy M.; Adams, Vicki J. (1 Februari 2010). "Proportion of litters of purebred dogs born by caesarean section" [Perkadaran perinduk anjing baka tulen yang lahir melalui pembedahan caesar]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (2): 113–118. doi:10.1111/j.1748-5827.2009.00902.x. ISSN 1748-5827. PMID 20136998. S2CID 205923580.
  28. ^ Wedderburn, Peter (6 April 2009). "Why do over 80 per cent of Bulldog births happen by caesarian section?" [Mengapa lebih daripada 80 peratus kelahiran buldog berlaku melalui pembedahan caesar?]. The Daily Telegraph (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2011. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  29. ^ Packer, Rowena. "New study reveals flat faced dogs have the highest risk when giving birth" [Kajian baharu mendedahkan bahawa anjing bermuka rata mempunyai risiko tertinggi apabila bersalin]. Royal Veterinary College (dalam bahasa Inggeris). Universiti London. Dicapai pada 14 March 2024.
  30. ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell] (dalam bahasa Inggeris). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 94. ISBN 978-0-8138-1596-1.
  31. ^ Plant, Jon D.; Lund, Elizabeth M.; Yang, Mingyin (12 Ogos 2010). "A case–control study of the risk factors for canine juvenile-onset generalized demodicosis in the USA" [Kajian kes kawalan tentang faktor-faktor risiko untuk demodikosis menyeluruh permulaan juvenil anjing di Amerika Syarikat]. Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 22 (1): 95–99. doi:10.1111/j.1365-3164.2010.00922.x. ISSN 1365-3164. PMID 20707860. S2CID 42496439.
  32. ^ Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P. (19 September 2016). Small Animal Dermatology [Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN 978-0-323-37651-8.
  33. ^ Adams, Vicki J.; Evans, Katy M.; Sampson, J.; Wood, James L. N. (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK" [Kaedah dan keputusan mortaliti tinjauan kesihatan anjing baka tulen di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. ISSN 1748-5827. PMID 21029096. S2CID 36903216.
  34. ^ Oliver, James A.C.; Mellersh, Cathryn S. (2020). "Genetics". Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 978-1-910-44339-2.
  35. ^ a b c d Kane, Gillian (8 Mei 2014). "Sergeant Stubby" [Sarjan Stubby]. Slate (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  36. ^ "Meet the Mascots" [Kenali Maskot] (dalam bahasa Inggeris).
  37. ^ a b Moye, David (26 Mei 2012). "World's largest dog eyes: Bruschi the Boston Terrier eyeballs world record" [Mata anjing terbesar di Dunia: Rekod dunia biji mata Bruschi si terier Boston]. Huffington Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  38. ^ Nagesh, Ashitha: Finland's President has a top quality dog (dalam bahasa Inggeris), Metro 23 Februari 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  39. ^ Sauli Niinistön Lennu-koira on tämän hetken tunnetuin suomalainen – 7 kuvaa, jotka selittävät suosion (dalam bahasa Finlandia), Me Naiset 23 Februari 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  40. ^ Shapiro, Rebecca: The President Of Finland's Dog, Lennu, Is Melting Hearts Across The Globe (dalam bahasa Inggeris), Huffington Post 23 Februari 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  41. ^ Lennun voittokulku Yhdysvalloissa jatkuu: Jimmy Fallon matki Niinistön koiran legendaarista virnistystä, yleisö villiintyi (dalam bahasa Finlandia), Ilta-Sanomat 24 Februari 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.

Bacaan lanjut

  • Bulanda, Susan (1994). Boston Terriers (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series, Inc. ISBN 0-8120-1696-3.
  • Lee, Muriel (1998). The Official Book of the Boston Terrier (dalam bahasa Inggeris). TFH Publications. ASIN: B013J9J8WO.
  • Axtell, Edward (1910) The Boston Terrier And All About It (dalam bahasa Inggeris). The Dogdom Publishing Company. Battle Creek, Michigan, Amerika Syarikat. Edisi ke-1.

Pautan luar

Templat:Americana poster

  • Boston Terrier Club of America, Inc. (dalam bahasa Inggeris)
  • Boston Terrier Club of Canada (dalam bahasa Inggeris)
  • The Boston Terrier and All About It, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg (pertama kali diterbitkan pada 1910)
  • “The Boston Terrier” dalam The power of the dog oleh Arthur Croxton Smith. 1910.
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Amerika Syarikat
Ekstan
Pupus
Jenis: CurFeistanjing pemburu rakun
  • l
  • b
  • s
Baka pekerja
Bertungkai panjang
Pincer
Schnauzer
  • Schnauzer gergasi
  • Schnauzer kerdil
  • Schnauzer sederhana
Lain-lain
Bertungkai pendek
Baka pemburu jenis cur
Terier jenis bull
Terier mainan
Lain-lain
Baka pupus
Jenis: Feist, fell terrier, pincer, schnauzer, terier jenis bull (dan pitbul), terier rubah