Anjing singa kecil

Anjing singa kecil
Seekor anjing singa kecil dengan potongan bulu gaya singa
Negara asalEropah, mungkin khususnya Perancis[1][2]
Trait
Berat Jantan 5.4–8.1 kg (12–18 lb)
Betina 4.5–6.8 kg (9.9–15.0 lb)
Tinggi Jantan 30–35.6 cm (11.8–14.0 in)
Betina 28–33 cm (11–13 in)
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing singa kecil[a] ialah satu baka anjing kecil. Anjing singa kecil pernah memegang penghormatan belum pasti, seperti anjing air Portugis dan anjing Havana, sebagai anjing terjarang di dunia. Pada tahun 1973, terdapat hanya 65 contoh berdaftar bagi baka ini.[3] Malah kini, baka ini pada umumnya mempunyai kurang daripada seratus pendaftaran baharu tahunan sedunia.

Perihal

Kepala anjing singa kecil
Anjing singa kecil

Anjing singa kecil ialah baka pendamping padat dengan perkadaran hampir segi empat sama dan sudut sederhana seimbang di hadapan dan di belakang. Siluet baka ini mensyaratkan surai panjang di hadapan dengan garis atas rata. Ekor anjing singa kecil patut terletak di hujung garis atas dan berhujung di atas belakangnya dalam bentuk pemegang cawan teh dari segi pergerakan.

Lapis bulu anjing singa kecil adalah panjang dan berjela-jela serta terdapat dengan banyak warna. Lapis bulu tidak patut nipis dan gebu seperti bichon frisé, tetapi agak lurus dengan alunan. Lapis bulunya ialah lapis bulu berbilang tekstur dengan campuran 50/50 daripada bulu lebih tebal lebih bak sutera dan bulu lebih lembut. Ini membolehkan lapis bulu yang mudah dijaga yang selembut sutera kepada sentuhan. Lapis bulu anjing singa kecil tidak patut kasar, mirip wul, atau mirip kapas. Anjing singa kecil tidak bersalin bulu dan baka ini mempunyai kesan alahan sangat rendah dan dianggap hipoalergenik.[4] Walau bagaimanapun, ada kepentingan untuk memerhatikan bahawa tiada anjing yang benar-benar hipoalergenik. Air liur dan kulit atau bulu tanggal pada anjing masih dapat mencetuskan peristiwa alahan pada orang sensitif.

Kepala anjing singa kecil ialah salah satu ciri paling penting dengan muncungnya agak lebar, tengkorak luas, mata bulat cergas, dan telinga tergantung. Ia terdapat dengan semua warna dengan pempigmenan gelap di sekeliling cincin mata dan hidung. Kepalanya, apabila berperkadaran dengan tubuh, tidak terlalu besar mahupun terlalu kecil, tetapi membantu untuk menekankan keperibadian ramah, serba indah, dan mirip singa pada anjing singa kecil. Saiz perinduk biasanya antara dua dengan lima ekor anak anjing. Jangka hayat anjing singa kecil ialah sekitar 14 hingga 18 tahun.

Gaya potongan bulu singa

Anjing singa kecil dengan lapis bulu keemasan
Anjing singa kecil berbilang warna dalam perinduk
Anjing singa kecil dalam Kejuaraan Kebangsaan American Kennel Club 2019
Anjing singa kecil dengan gaya potongan bulu singa
Anjing singa kecil
Anjing singa kecil perang berwarna-warni
Anjing singa kecil sabel dan krim berusia 9 bulan

Lapis bulu panjang dan beralun anjing singa kecil dapat dipersembahkan dalam gaya potongan bulu singa. Ini bermakna bahawa punggung, tungkai belakang (kecuali keting), tungkai hadapan (kecuali 1/2 pergelangan di sekeliling lengan bawah), dan 1/3–1/2 ekor yang paling dekat dengan tubuh dicukur dan selebihnya lapis bulu dibiarkan dalam keadaan semula jadi untuk memberi anjing berkenaan penampilan singa jantan. Gaya potongan bulu singa ialah cara tradisional untuk mempersembahkan anjing ini. Ada spekulasi bahawa gaya potongan bulu singa adalah untuk membolehkan kawasan terdedah memberikan kehangatan kepada pemiliknya sementara lapis bulu panjangnya mengumpulkan kutu dan telur kutu daripada pemiliknya.[3] Anjing dalam gaya potongan bulu singa mungkin memerlukan sedikit perlindungan pada musim sejuk pada bahagian tercukur.[3]

Warna

Anjing singa kecil terdapat dengan pelbagai warna dan warnanya dapat berubah-ubah sepanjang hayat. Banyak anjing yang lahir dengan warna gelap akan mencerah menjadi krim atau perak. Terdapat juga pelbagai warna dalam perinduk tunggal. Warna umum merupakan sabel, perak, krim, putih, warna-warni, pied Ireland, coklat, dan merah/emas. Salah satu warna kurang umum ialah brindle. Piawaian American Kennel Club tidak memberikan keutamaan kepada sebarang warna.

Perangai

Anjing singa kecil ialah anjing ramah, sihat, dan gembira. Anjing baka ini aktif dan suka bermain serta sangat cerdas. Anjing singa kecil ialah anjing peliharaan rumah sangat baik.[3] Anjing singa kecil juga sesuai sebagai anjing peliharaan untuk keluarga dengan kanak-kanak. Baka ini mempunyai sejarah sebagai anjing pendamping dan anjing ini memerlukan perhatian manusia serta tidak senang jika dibiarkan bersendirian untuk jangka masa lebih lama.[3] Anjing singa kecil dapat menjadi vokal dalam keterujaan atau permintaan, walaupun sesetengah anjing dapat menjadi pendiam.[3]

Kesihatan

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.9 tahun daripada sampel 50 kematian untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[5]

Sejarah

Baka ini terdapat di banyak negara seawal abad keenam belas.[3] 'Anjing singa' kecil terlihat dalam banyak karya seni yang menampilkan anjing seawal abad keenam belas, tetapi tidak ada kejelasan sama ada semua ini merupakan anjing seperti anjing singa kecil, atau hanya anjing kecil daripada jenis bichon yang bulunya dipotong dalam gaya potongan bulu singa. Walaupun anjing ini mungkin berkaitan dengan bichon frisé, sejarah anjing singa kecil masih kabur.

Anjing singa kecil mempunyai sejarah sebagai anjing pendamping kepada golongan kaya dan elit. Ada kemungkinan untuk menjejak sejarah moden baka ini kembali kepada penggemar lewat abad ke-19 di lokasi yang kini merupakan Belgium, Jerman, dan Belanda. Leluhur baka ini dianggap sebagai anjing yang dibawa masuk oleh para pengembara dari negeri jauh timur Tibet dan bercampur dengan anjing tempatan seperti spits dan anjing jenis terier. Kadang-kadang imbau kembali genetik ditemukan. Madame Bennerts memulakan program pembiakbakaan pada tahun 1944, kemudian dengan bantuan doktor haiwan Dr. Rickert.[6]

Anjing singa kecil diimport ke Britain pada tahun 1968 dan baka ini dianugerahi pengiktirafan The Kennel Club (United Kingdom) pada tahun 1971.[7] Anjing singa kecil kemudian membuat kemunculan di Amerika pada tahun 1971[8] melalui England. Pada masa ini, anjing singa kecil masih dikenali sebagai "Little Lion Dog" ("anjing singa kecil"). Juga pada tahun 1971, Lowchen Club of America (LCA) dibentuk dan nama baka ini secara rasmi diubah kepada "Löwchen" ("[anjing] singa kecil") di sana. Anjing singa kecil diterima ke dalam kelas Lain-lain American Kennel Club pada tahun 1996 dan kemudian diiktiraf sepenuhnya ke dalam kumpulan bukan sukan pada tahun 1999.

Angka anjing singa kecil di seluruh dunia terus merudum dengan penyenaraian baka ini sebagai baka berisiko untuk kepupusan.[9] Usaha untuk mengelakkan baka ini daripada pupus dimulakan bersama-sama dengan usaha untuk baka-baka jarang lain.[10]

  • Potret Agnès Sorel (1422–1450) dengan seekor anjing singa dengan gaya potongan bulu singa
    Potret Agnès Sorel (1422–1450) dengan seekor anjing singa dengan gaya potongan bulu singa
  • Anjing yang digambarkan dengan gaya potongan bulu singa, 1505
    Anjing yang digambarkan dengan gaya potongan bulu singa, 1505
  • Potret pernikahan Magnus Gabriel De la Gardie dan Maria Eufrosyne, 1653. Di samping mereka, seekor anjing singa dengan gaya potongan bulu singa.
    Potret pernikahan Magnus Gabriel De la Gardie dan Maria Eufrosyne, 1653. Di samping mereka, seekor anjing singa dengan gaya potongan bulu singa.
  • Lukisan lama Belanda, tentang Adriaen van Utrecht, perincian anjing
    Lukisan lama Belanda, tentang Adriaen van Utrecht, perincian anjing
  • Henri Bertholet-Campan yang berusia dua tahun dengan anjingnya dengan gaya potongan bulu singa, oleh Ulrik Wertmüller, 1786.
    Henri Bertholet-Campan yang berusia dua tahun dengan anjingnya dengan gaya potongan bulu singa, oleh Ulrik Wertmüller, 1786.
  • Duchess Katharina von Mecklenburg, oleh Lucas Cranach si Tua, dilukis pada 1514, menunjukkan anjing dengan gaya potongan bulu singa.
    Duchess Katharina von Mecklenburg, oleh Lucas Cranach si Tua, dilukis pada 1514, menunjukkan anjing dengan gaya potongan bulu singa.
  • Potret Puteri Marie Zéphyrine dari Perancis (1750–1755) dengan anjing baginda dengan gaya potongan bulu singa.
    Potret Puteri Marie Zéphyrine dari Perancis (1750–1755) dengan anjing baginda dengan gaya potongan bulu singa.
  • Duchess Agung Maria Christina, Duchess Teschen (1742–1798), dengan anjing baginda dengan gaya potongan bulu singa.
    Duchess Agung Maria Christina, Duchess Teschen (1742–1798), dengan anjing baginda dengan gaya potongan bulu singa.
  • Quinbury Fiesta Fashion, seekor anjing singa kecil yang diimport ke New Zealand
    Quinbury Fiesta Fashion, seekor anjing singa kecil yang diimport ke New Zealand
  • Duncara Sapphire anjing singa kecil betina
    Duncara Sapphire anjing singa kecil betina
  • Duncara Fine Prelude, seekor anjing singa kecil dalam pameran di Australia
    Duncara Fine Prelude, seekor anjing singa kecil dalam pameran di Australia
  • Madame Bennert yang menjalankan anjing singa kecil beliau
    Madame Bennert yang menjalankan anjing singa kecil beliau
  • Madame Bennert dan anjing-anjing beliau
    Madame Bennert dan anjing-anjing beliau

Lihat juga

  • Senarai baka anjing

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ سيڠا کچيلcode: ms is deprecated ; Perancis: petit chien lioncode: fr is deprecated ; Jerman: Löwchencode: de is deprecated ; bahasa Inggeris: little lion dogcode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ "Lowchen (Little Lion Dog)" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club, [www.thekennelclub.org.uk/services/public/breed/display.aspx?id=6158]
  2. ^ "Löwchen Dog Breed Information" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club, [www.akc.org/dog-breeds/lowchen/#timeline]
  3. ^ a b c d e f g The dog selector (dalam bahasa Inggeris), David Alderton, 2010, hlm. 59, ISBN 978-91-7401-2460 atau 0-7641-6365-5 atau 978-07-641-6365-4.
  4. ^ The dog selector (dalam bahasa Inggeris), David Alderton, 2010, hlm. 59, ISBN 978-91-7401-2460 atau 0-7641-6365-5 atau 978-0-7641-6365-4.
  5. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  6. ^ Madame Bennert (dalam bahasa Inggeris)
  7. ^ "Lowchen Information" [Maklumat Anjing Singa Kecil] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Februari 2024.
  8. ^ "Lowchen Breed Information: History, Health, Pictures, and more" [Maklumat Baka Anjing Singa Kecil: Sejarah, Kesihatan, Gambar, dan lebih lagi]. www.easypetmd.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2024. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  9. ^ "Home". savethelowchen.com (dalam bahasa Inggeris).
  10. ^ "Home". Löwchen Club of America (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar

  • Löwchen World (dalam bahasa Inggeris)
  • Löwchen Club of Canada (dalam bahasa Inggeris)
  • Löwchen Club UK (dalam bahasa Inggeris)
  • Löwchen Club of America (dalam bahasa Inggeris)
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Perancis
Anjing pemburu bau
Perancis
Gundog
Anjing pastoral
Lain-lain
Pupus